Saturday, August 29, 2009

transisi kehidupan

salam pembuka tinta kerna aku bukan berbicara..
acuh x acuh rasanya tika mahu menarikan jari jemari di atas keyboard laptop ni.. khuatir apa yang bakal ditulis ini mungkin mengaibkan air muka sendiri.. tapi x mengapa.. apa perlu dimalukan.. manusia tak mungkin lari dari kekhilafan.. dari kejahilan.. itu kisah silam.. why does the past matter? perkara yg perlu difikirkan tentang hal2 masa lampau cuma dua.. iktibar dan muhasabah.. dan itu yg akan selalu aku ingat..

sesuatu seakan mendorong aku untuk menulis juga.. apa dan siapa pendorongku, aku kurang pasti. kita tak kan pernah berhasil untuk menjadi orang lain, tak kan pernah.. dan itu mustahil.. tapi tetap saja kita boleh berusaha menjadi yang lebih baik. cumanya, segelintir kita tak pernah mahu berfikir untuk berubah.. mungkin diri yang seadanya itu dirasakan sudah hebat, sudah gah, sudah benar walhal jauh terpesong.

aku menulis kerna sesuatu mengimbau memori silamku. masa silam yang mana pada waktu itu kurajakan nafsu dan kenakalan dalam jiwa remaja ini. seronok ya seronok.. bersama teman2 melaksanakan hal-hal bodoh yang membuang masa. juga turut serta di situ orang ketiga.. si pakar menghasut. tapi itu perkara 8-12 tahun yang sudah.. kedewasaan meniti usia seolah membawa pergi segala kebodohan waktu lalu.. dan aku bersyukur kerna aku berubah.. tapi aku berduka kerna teman2 tidak bersama menyertaiku..

teknologi penghubung siraturrahim.. ragu-ragu perlu atau tidak untuk aku berterima kasih pada siapa saja yang membangunkan teknologi seperti ini yang akhirnya membisakan aku berhubung kembali dengan rakan-rakan seangkatan.. ternyata jejak kasih ini kuraikan dengan perasaan bercampur aduk.. sedih dan gembira.. ya memang aku ingin bertemu semula.. tapi ini bukan kesudahan yang aku harap-harapkan. ya Ilahi.. kenapa tidak kau berikan cahaya mu menerangi jalan mereka yang gelap gempita sepertimana engkau suluhi jalan-jalanku.. aku sedih ya allah melihat mereka jauh dariMu.. hampir tersasar, terlencong entah ke mana. bertemankan maksiat, syaitan dan iblis.. apakah mereka tidak berfikir? atau tidak Kau bukakan pintu hati mereka ya tuhanku..

sepanjang masa, setelah kebodohan ku disuntik sedikit dengan kecerdasan akal.. aku sering berfikir.. kenapa jalan hidupku selalu dipermudahkan.. selalu saja kemahuanku itu dimakbulkan, saat-saat aku kesempitan diluaskan rezekiku, saat hati dirudung malang didatangkan sinar kebahagiaan.. sedang aku ini bukan hambanya yang taat..aku lagi hamba yang berdosa.. aku lebih rela ya Allah kau datangkan ujianmu jika itu mampu menghapuskan noda-noda kejahilanku.. namun Engkau maha mengetahui.. dugaan Mu mungkin tidak tertanggung dek makhlukmu yang kecil tidak terdaya ini..

ya apapun sentiasa berubah.. tiada yang kekal kecuali Dia yang satu. mereka berubah, aku juga berubah. cuma jalan perubahan kami berbeza. langkahku langkah kanan, mengarah ke jalan menuju keredhaan.. nekadku, azamku berjalan dan terus berjalan tidak sekali berpaling ke belakang.. moga tiba di penghujung, pengakhiran yang penuh ketenangan..

p/s- aku dan mereka sama tapi berbeza.. kami berkongsi kisah silam yang serupa tapi masa depan yang berbeda.. aku mengerti kenapa? kerna hidupku sentiasa diiringi doa orang tua dan berkat tidak terputus dari keduanya..

6 comments:

baLQis Zafira said...

terharu aku bace post ang neyh...yg penting kakna doakan yang terbaik utk kwn2 kite dan xlupe utk diri sendiri juga...
moge kite sentiasa di bawah rahmatNya...amin2

Idalara said...

salam kakna..
bila kita menginsafi perbuatan lalu itulah sebaik2 perbuatan..
bila kita menyedari lalu membetulkan segala kekhilafan..itulah sbaik2 hambanya di muka bumi ini.
muga Ramadhan buat kita tmbh beriman.

DaliaLiyana said...

alhamdulillah..yg penting kite berusaha utk jd yang lebih baik....
slam ramdahn..
semoga ibadah kite diterima..
aminn.

anak laut said...

salam..

dalam hidup perlu ada penghijrahan..dari baik kepada yg lebih baik..terharu saya membaca entri ni..

tq singgah anaklaut..:)

Anonymous said...

tq kak..entry ni mmg sgt bermakna..sy nk jd cm akk..keep moving forward..=)

Kish said...

salam ziarah kak na (",)

yg lepas2, biarkan berlalu. yg penting, kita bangun setiap hari dengan niat yg lbh baik, semangat yg lebih cekal, wajah yg lebih ceria, mood yg lebih happy dan semua2 yg lebih mantap la... yg lepas kita kenang utk pedoman je... salam ramadhan kak na~!