Friday, September 04, 2009

isu kuil di seksyen 19

apa akan jadi kalau kuil lama tu aktif kembali??
bukan nak bersifat racist tapi kaum ini bila berjumpa seakan x ingat dunia..
kasihan jiran2 tetangga di sek 19 yang tinggal berhampiran..
x minat mengupas hal politik..
tapi bila terkena batang hidung sndiri..
memang rasa sakit hati dan amat2 kecewa..
harap2 penyelesaiannya berpihak pada kita..

p/s - menetap di sec 19 shah alam seawal usia 1 hari.. sec 19 rumahku syurgaku

17 comments:

Abang Long said...

Jadi setuju supaya kuil berpindah ke tempat lain

kakna said...

kalau dipindah sekalipon abg long kuil lama x kan diroboh.. harap pihak bertanggungjawab lebih sensitif tentang hal ni..

Mr Swat said...

mmmm.... aku nak komen camner ekk....kita ni hidup byk kaum.... just aku tgk skang... cam agak melampau... kuil , tokong, rumah sembelih ba** pon ... org marah... bila masjid kene roboh,,, org wat xtau jer.... cam xadil jer aku rase....

::Mish ShaZz:: said...

ntahla sis..cakap lebih2 nanti byk hati yg terguris..hope dorg dpt pk kesejahteraan bersama

syahbandar87 said...

eh dh nama pun pindah kn.mesti la dh x gne.klu x,mesti bkn pindah la namanye..kira tambah latu.haha..

mungkin awk x setuju dngn saya.tp x bermakna kita bermusuh kan.papepun x mungkin sy bermusuh dngn orng x sependapat dngn sy.huhu..

soal kuil tu sy nmpk beberapa kebodohan orang melayu yg bernama islam ini.antaranya

1.ape kes berarak sambil bawak kepala lembu.siap bertakbir lg..pastu sambil berceramah kepala lembu dipijak dngn egonya-persoalan:tidakkah ia mencemarkan nama islam,bertakdir sambil bawak kepala lembu.x ke pelik lagi menyesatkan.

2.knp mesti kepala lembu.knp x kepala ayam ke,kepala ikan ke.hehe..dah tau lembu tu tuhan diorang yg kte duk maen kepala tuhan diorng bwt ape.hehe..x patut tul.klu orng laen permainkn tuhan kita cane?isu letak kepala babi kt pagar masjid dlu pun dh sedikit melenting.klu permainkn tuhan kte lagi la.sme la jgk dngn diorang pun.mesti la mrh.x takut ke nanti jd pergaduhan kaum dan rmi terkorban.dah nk test sngt kn..maen lagi tuhan orang.cam budak2 skolah rndh je tau.hehe..

3.diorang perangai buruk ke,diorang hitam ke,busuk ke,cakap banyak berbelit-belit ke..itu semua sbnrnye respon negatif kte jekan.x kn disebbkan sikap kita yg krng senang dngn mereka jd mereka ptt dihukum,x leh bwt kuil..mereka pun nk sembahyang cam kte jgk.nk jgk ada rmh ibadat..pastu india kt selangor bknye duk setempat cam melayu.duk pecah2..duk didalam kelompok melayu.jd ssh nk cr tmpt yg majoriti india.klu ade senang,bwt je kt tmpt majoriti india.tp tula dh x de kn.kne ksi jgk kt diorng walaupn kt tmpt melayu.kesian diorng,nk je semayang kt kuil.disini la sy nampak konsep keadilan tu penting sngt2.x bermakna bila kita islam kita akan menyisihkan semua hak agama laen.itu x betul..wallahua'lam

kakna said...

ade benarnya pendapat syahbandar ni.. saya juga ade membaca komen dari kedua belah pihak..yg membantah dan yang menyokong.. tapi yang menjadi mangsanya ialah penduduk.. kami ini lah.. benar kata khalid samad sepertimana yang ditulis beliau dalam blognya.. “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”.. saya juga bersetuju.. kita harus memahaminya dan bersikap lebih bertoleransi.. tapi isunya yang saya fikir menimbulkan kesulitan ialah kedudukan kuil itu tersangatlah dekat dengan kawasan penempatan penduduk dan hanya diselangi oleh sebatang jalan raya kecil yang mana dikelilingnya adalah kediaman rumah orang2 islam.. dan tidak jauh dari situ, tersergamnya masjid al-ubudiah yang menjadi kebanggaan warga sek 19.. anda bayangkan bacaan ayat-ayat suci al-quran disulami bacaan mantera hindu saling silih berganti..seakan berlawanan.. kondisi seperti ini semestinya tidak sihat dan dikhuatiri akan menimbulkan perasaan amarah dan benci dikalangan penduduk hindu dan islam di sini.. tatkala ayat al-quran dilaungkan si hindu akan menyumpah seranah itu dan ini..dan begitu jugalah jika sebaliknya.. ada juga rumah org islam di sini yang meninggikan volume bacaan al-quran tanda protes terhadap tindakan kuil membaca mantera yang agak mengganggu.. mantera hindu dan ayat al-quran ini sungguh jauh berbeza alunannya,merdunya, gemersiknya..saya yakin saudara juga bersetuju bukan..

penyiksaan batin yang dialami penduduk sek 19 terpaksa kami tempuh untuk sekurang-kurangnya sehingga tahun depan.. tapi kini masalah lain timbul apabila penduduk sec 23 membantah sekeras-kerasnya pengalihan kuil terbabit.. ekoran pembantahan tersebut dilihat kuil yang diwar-warkan bakal dipindah ini telah dicat semula dan dibaik pulih kondisinya yang mana memberi alamat seolah-olah mahu terus berada di situ.. kesimpulannya bertambahlah derita kami penduduk islam di sek 19..

komen saudara mengenai penyembelihan lembu dan sebagainya itu saya lihat hanya polemik politik pihak lawan.. mainan murahan mereka.. saya juga merasakan tindakan itu agak keterlaluan ibarat menconteng arang ke muka org2 islam itu sendiri.. pendekatan seharusnya lebih berhemah dan mencerminkan ketamadunan.. yang itu saya tak mahu komen kerana saya sampai kapan pun x kan faham minda seorang ahli politik..

saya juga menaruh harapan situasi ini akan bertemu penyudah yang sebaiknya.. perancangan manusia itu selalunya punya banyak kelemahan. They plot and plan too many but the best of planners is Allah..

syahbandar87 said...

hmm..sy dah baca dh..dan yg sy phm nye rasa kurang senang saudari ttng upacara keagamaan diorng lakan.kesian kt penduduk setempat.hmm..klu begitu lah sy pun x tau nk berpendapat cane lagi..yela betul jgk pndpt saudari.klu sy pun x tenteram dbwtnye.klu bwt nanti mmg ganggu ketenteraman penduduk islam..dh x de tmpt majoriti hindu.x kn nk bwt kt sebuah pulau or atas bukit.kne jgk bwt sbb mereka perlukan kuil cam kita perlukan masjid..jadi 2-2 ada sbb yg munasabah..jadi ada dua masalah yg perlu diselesaikan dlm isu ni

1.diorang perlukan sebuah rumah ibadat sebagimana kte perlukan masjid.kuil ni x leh nk bwt kt tmpt majoriti hindu sbb dh mmg x de tmpt majoriti.tp kte kne la ikut cara islam.memberikan kebebasan kpd agama laen untuk beribadat dan membina rmh agama mereka.

2.orang melayu islam pula kurang senang dngn kehadiran kuil mereka ni.dngn upacara2nya yg ckp2 mengganggu ketenteraman penduduk..mmg amat mengganggu ketenteraman jiwa umat islam

pendapat sy:dalam mencari jln yg terbaek,kita kne selesaikan kedua-dua masalah ini.x leh hnye selesaikan satu dr 2 masalah ni shja.jadi sama2 lah kita fikir macam mane nk selesaikan kedua-duanya ni.ssh jgk kn?sbb melibatkn kepentingan kedua-dua belah pihak ni..jd keadilan dlm melaksanakn amatlah dititik beratkn..
:)

Abang Long said...

Jalan terbaik ialah kena berbincang dan berlapang dada.

Islam adalah agama yang adil dan universal.

Kerajaan Pakatan Rakyat kelihatan bersungguh untuk menyelesaikan masalah ini. Tanpa menyinggung mana - mana pihak. Kes yang berlarutan begitu lama. Hendak diselesaikan secara terbaik dan terbuka.

Pei Pan said...

Isu kuil ini hanya menjadi panas apabila ada segelintir orang Melayu yang mahu menjadi Hang Tuah -membela yang bukan-bukan.

Setuju dengan Syahbandar, kita tidak boleh menghina agama mereka. Membawa kepala lembu, berarak itu salah satu bukti penghinaan.

Setuju dengan Abang Long, kita perlu berbincang. Masalah untuk berbincang ialah, susur politik longkang mungkin dibawa masuk dalam perbincangan untuk kepentingan orang-orang tertentu.

Ini bertambah menyulitkan keadaan. Apa pun pendirian saya, kita perlu hormat-menghormati. Jika kita sendiri tidak hormat pada agama lain, jangan harap mereka akan memandang tinggi agama kita.

dark said...

maaf, x minat ngan memane isu politik..patutnye kene ade sesi berdialog untuk selesaikan masalah ni..sume yg berkenaan kene turun padang..tul x kakna?huhuhu..salam..

kakna said...

memang ade sesi dialog..
tapi tengoklah mcm mana mereka berdialog..
bila tgk video sesi tu, saya harap sangat masa tu xde seorang pun bukan melayu yang datang dan tgk gelagat org kita berdialog time bulan puasa.. saya plak yang malu..tp memang menyedeyhkan..

Anonymous said...

hati2 bila memberi pendapat

al-lavendari said...

Salam. walau pahit untuk di hadapi, kita kena selesaikan juga. harap2 penyelesaiannya dapat diterima oleh semua pihak.

t.kasih kerana singgah.

ayisy said...

Untung orang Melayu (Islam) dah bagi macam2 kat penganut agama lain di negara ni. Tu pun masih tak sedar diri. Orang Melayu dah banyak tolak ansur sejak zaman merdeka lagi. Kat dunia ni mana ada kaum yang baik hati dan sanggup tolak ansur macam orang Melayu kita. kadang-kadang aku terfikir, orang Melayu perlu bertegas sedikit macam dalam kes ni.

anaklaut said...

salam...kakNa,

dalam blog anaklaut, sebenarnya seboleh-bolehnya anaklaut tidak mahu membicarakan hal2 politik, sebab anaklaut mempunyai blog politik yg khusus untuk membicarakan hal-hal politik negara.

isu yg dikemukakan oleh kakna sangat menarik, dan saya akan mengupas hal ini..minta izin kakna ya..

kaNa,

tindakan biadab mengarak dan memijak kepala lembu sebagai membantah pemindahan kuil ke Seksyen Shah Alam sebenarnya didalangi oleh pihak-pihak tertentu ( saya tak mahu sebut siapa pihak tertentu sebab, kita sedia maklum kakna).

Siasatan yg dijalankan oleh beberapa pihak tertentu ( yang sahih) mendapati sekumpulan penduduk yg menyertai perhimpunan adalah di kalangan pemuda sebuah parti tertentu selangor dan wilayah persekutuan.

Kumpulan yg sama juga sebelum ini yang terbabit dalam demonstrasi menuntut karpal Singh, Pemimpin DAP, memohon maaf secara terbuka kononnya didakwa biadab terhadap Sultan Azlan Shah, Sultan Perak.

Beberapa individu yang turut menyertai demonstarsi bantahan di hadapan bangunan setiausaha kerajaan negeri selangor (SUK) adalah kumpulan yang sama yang menghadari satu majlis yang dinamakan" Misi Tawan Selangor" oleh blogger patriotik.

Majlis berkenaan diadakan di Shah Alam pada wal bulan Ogos lalu. Ia dilancarkan oleh Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Noh Omar dan bertemakan " menyelamatkan umat islam selangor- daripada jahilliah yang memertabatkan kaum cina"

Kakna, perbuatan mengarak kepala lembu adalah perbuatan yg terancang semata-mata untuk mengaibkan dan memalukan kerajaaan pakatan rakyat di negeri selangor yang dipimpin oleh tan Sri Khalid Ibrahim. itu saja.

Bila ini berlaku- dalam surat khabar hari ini dan semalam akan keluar kenyataan.."tengok betapa lemahnya kerajaan pakatan rakyat mentadbir selangor".

Bertentangan dengan tujuan bantahan kumpulan tersebut membantah pemindahan kuil. Mereka juga menghina islam dengan memaparkan sepanduk yang tertera perkataan " Take beer" semata-mata untuk memalukan PAS.

pendapat saya ini mungkin tidak disenangi, namun itulah yang saya rasa..

kakna said...

ini mungkin entri pertama dan terakhir yg berbau politik akan di post di sini.. komen anonymous agak sedikit mencuakkan saya.. he2.. lebih bagus kalau anda mendedahkan diri daripada bersembunyi di balik nama yang tidak dikenali..

apapun saya sebagai rakyat selangor mengalu-alukan penyelesaian terbaik dari pihak kerajaan negeri dan saya yakin barisan pentadbiran kerajaan pakatan rakyat punya agenda mantap untuk menangani masalah seperti ini..

arnamee said...

sabar saja akak akan sebarang komen yg , blog tempat memberi komen. mungkin anony komen si pengomen lain.

anem selalu fikir apa beza kuil dgn masjid?
kdg2 dijenguk atau yg tak pernah close?
wallahua'lam.

___________

tapi kita doa je yg terbaik utk umat sejagat.
:)