Sunday, May 18, 2014

Problem sepanjang zaman


Berlalu setahun , tanpa update dalam blog ni. Teringat akan pesanan ini " Ingat lima perkara sebelum lima perkara.. dan salah satu nya "lapang sebelum sempit". Saya kesempitan waktu. Ramai yang lelah dengan problem ni, tapi ada yang bertuah masih mampu handle dengan berhemah.

Begitu banyak sekali perkara berlaku sepanjang 2013 hingga ke awal 2014. Tahun gelap buat saya. If I allowed my self to think so. Atau mungkin juga boleh saya katakan.. dengan perkataan yang lebih positif. Tahun yang mencabar buat saya. Sound much better!


Tahun yang mencabar! 2013/2014


Mungkin x perlu dikisahkan apa yang terjadi, cuma ingin saya kongsikan beberapa tips yang SANGAT MUJARAB.. ketika kita berada dalam kegelisahan dan kesempitan. SANGAT MUJARAB , SANGAT MUDAH, tapi BUKAN SENANG NAK BUAT. 

Ketika dalam susah dan diuji... MINTALAH TOLONG DARI -NYA... BAGAIMANA NAK MINTA TOLONG ...  satu SABAR dua SOLAT & DOA

Kenapa saya kata susah? Jujurnya saya bukan spesis hamba yang penyabar. Sifat sabar yang tulen itu dimiliki hanya segelintir hambaNya sahaja. Kita jangka lepas berhajat sungguh2 la tu juga nak harap bantuan tiba. Memang itulah pengharapan kita sebab kita beranggapan kita tak mampu dan tak tertahan dengan ujian yang ditimpakan. But again, we forgot the promise. Allah kata "Ujian yang menimpa setimpal dengan kemampuan kita menerima" lagipun " sebagai hamba selayaknya kita diuji" dan bukankah " ujian itu tanda Allah sayang". Saya terkesima dengan satu ayat yang saya baca dari buku "Mudahnya menjemput rezeki". Buku ni fames.. yang suka baca buku mesti tahu. Lebih kurang begini la maksud nya..Bila permasalahan datang dan kita berdoa supaya dibimbing ke jalan keluar... TATKALA ALLAH MENGGERAKKAN HATI KITA UNTUK BERDOA, baru tergerak bibir nak doa.. ITU SEBENARNYA ALLAH MEMANG NAK BAGI PENYELESAIAN NYA PADA KITA. Ajaib.

Sabar.. saya tak pasti bagaimana nak didik diri supaya sabar. Saya akui masih belum terdidik. Cuma satu pendekatan yang saya amalkan. Ketika berhadapan dengan kesukaran. Just believe it with full confidence, tempoh itu akan berlalu pergi. Ia akan tinggalkan kita dan hari baru akan menjengah. Memetik kata-kata Dr.MAZA. Lebih kurang begini juga bunyi nya. Kalau kita renung balik sejarah hidup kita.. berapa banyak masalah yang dah kita lalui in the past.. yang kita rasa kita tak mampu nak harung... rasa macam nak mati dah.. dah tak tahan lagi dan sebagainya...dan cuba lihat diri kita sekarang dan dimana masalah yang bersarang tu.. its gone... for sure a new one will come ahead.. but then the same cycle start again. Just believe it! Kita takkan sorang-sorang selagi mana kita ingat Dia. (Kadang2 tak ingat pun Dia tolong) 

Ya.. tahun 2013 tahun yang mencabar.. it wasnt my dark age.. Its a year of extra challenges. I grow and it turn me into a civilized human. I will never know what will happen in future time, maybe more obstacle coming by... maybe 2013 its a year of preparing myself of an intense, strenuous, heavy -duty, tough time that will soon to come. The Great Planner has it all. He had His plan but He promise us. jaga urusan kita dengan Allah, Allah akan jaga kita.

P/s : Saya masih dibelengu masalah saat ini...slowly dengan tenang masih cuba cari jalan selesaikannya.. Tergesa - gesa itukan syaitan..




Monday, April 29, 2013

eksplorasi bukit broga

hari sabtu yang sudah, berkesempatan meluangkan masa sejenak ..mendekatkan diri dengan alam
cuti hujung minggu dimanfaatkan untuk riadah bersama kawan lama ketika menuntut di UPM dulu. lokasi dituju ialah BROGA HILL di semenyih. tentatif program lebih kurang begini lah..

5.00 am - mula perjalanan dari bukit angkasa ke semenyih.
6.00 am - berhenti solat subuh sebentar di stesen minyak petronas , terletak sebelum nak masuk simpang ke
                nottingham university / bukit broga tu sendiri.
6.30 am - dah mula pendakian. walau pun awal pagi orang dah ramai dah..
                ( masa kami baru nak daki dah ada kelompok yang mula nak turun, pukul berapa diorang naik x  
                  tau la)

memang terasa mengah dan semput nafas masa mendaki ( sebelum sampai puncak). terpaksa rest sekejap dalam 1-2 minit, minum air 2-3 teguk dan sambung semula pendakian. moral of story, jangan pandang enteng bukit broga ni. atau mungkin kami ni jer yang sedentary sangat tiba-tiba buang tebiat nak buat aktivti ekstrem. apa pun, journey has to go on. orang gagal jer yang buat kerja separuh-separuh!

dari jauh nampak cahaya mula makin terang. tandanya dah nak sampai peak yang pertama. jalan menuju puncak agak sedikit curam dan licin serta berlumpur. ITU BIASA. seluar dan tangan terpalit kotoran tanah. ITU BIASA. di puncak yang pertama ni terlalu ramai manusia, x seronok nak lepak santai lama-lama. snap 2-3 gambar dan jalan lagi ke peak yang ke-2. lupa nak bagi tau, kat sini bila pandang bawah, terasa gayat dan mula nak loya. adakah ak gayat?? selama ni tak pulak. sejak tu tak pandang bawah lagi dah, pandang atas jer.. INSYAALLAH NAMPAK BULAN! ( kempen jap)

sampai peak kedua, orang tak berapa ramai, cari port lepak , duduk santai. memerhati indahnya alam. ini baru dunia, syurga nanti mesti tak terkata. ( sambil berdoa moga menjadi salah seorang penghuninya). ambil nafas dan kumpul kekuatan semula untuk naik lagi ke puncak ketiga.. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

tiba di puncak tertinggi. baru lah mengerti bila orang kata ' hilang penat lelah bila sampai ke puncak jaya'. tengah duduk berehat datang orang nak interview. atas bukit cenggini pun boleh cari glamer. hehe.. actually diorang dari UIA, student mass com lah tentunya. nak interview untuk final year project. aku sudi jer membantu.

dah berjaya tawan puncak, kenalah rakam kenangan manis. sana gambar sini gambar. pakai camera phone jer. camera canggih habih bateri. ak bukan gile bergambar jadi imej diri sendiri memang terhad la.. yang banyak gambar-gambar alam ciptaan -Nya. Nah.. share sket-sket sudah la.. - wassalam





 sahabat penulis..









Saturday, April 20, 2013

sekitar penamaan calon PRU 13




sekitar perarakan menuju pusat penamaan calon di seksyen 19, shah alam, selangor.

Friday, April 19, 2013

re-activate


i'm thinking of making a debut.. sort like a debut.. now i'm trying to find a balance in my life. so i can spent some of my super precious time writing digitally in this so call an abandoned blog. i miss this page.. i just have no time to write.. and always hoping one fine day, ill be back and kickin' and rockin and SHARING.. about every up&down moment that happened in our life.. This post will probably be the start for 2013.. hopefully istiqamah lah.. welcome back!

Wednesday, March 16, 2011

Travel log : Kenali Turki





Oh! hakikatnya negara Turki itu tidaklah seburuk yang diperdengarkan. Islam di sana masih relevan , masih dipelihara , masih dijadikan penyuluh hidup insan. Travel log yang menarik sehingga saya sendiri seakan-akan mahu terbang ke bumi turki saat membacanya. Insyaallah , satu hari nanti..

p/s : Kepada yang ingin mengembara ke Turki, selain peta dan kamus, mungkin travel log ini, satu lagi yang anda perlukan..

Tuesday, January 18, 2011

pesanan dari lagu..

Sedang memandu dalam perjalanan..
janggal rasa nya jika tiada iringin muzik..
maka dicari frekuensi radio kegemaran..
kebiasaan nya IKIM atau mahukan genre yang lebih kebaratan , mix fm..

lagu ini begitu puitis liriknya..
syahdu melodinya..
ringan , damai.. mengkhayalkan..
membawa minda terawang-awangan..
menerobos ruang masa..
membiarkan pendengar membayangkan sambil meneliti tiap bait ayatnya..


video


"Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri"

Dan ketahuilah wahai lelaki, seperti janji mu di atas, daerah paling sunyi itu tidak rela kami kongsikan dengan jiwa yang lain..

"Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang"


Dan mengerti jualah dikau, berada nya kami di sisi kamu adalah juga untuk dilindungi, dipimpin, disuluh ke jalan bahagia.. di sini mahupun di sana kelak

"Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami"


Harapan kami juga.. agar engkau benar-benar menjadi seorang suami..

"Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku"


Termeterainya janji itu kerana kehendak dua hati yang rela.. ia mungkin sukar tapi tidak mustahil untuk bahtera ini kita layarkan bersama..

p/s : lagu yang cukup indah untuk dihayati bersama dalam melayari kerenah rumah tangga.. moga ada manfaat darinya..

Friday, January 14, 2011

inspira..



In life..
u meet thousand of people..
and none of them really touched you..
and then u met one person..
and your life change.... forever

it may be a story of..

a guy who finally found his love life..
a scientist who finally found a cured for Parkinson..
a writer who finally found a publisher..
a leader who finally freed his country..
an atheist who finally found his god..

so many great things happened by inspiration...
we are all inspired..
who's yours?

p/s - proton inspira.. :)