Tuesday, January 18, 2011

pesanan dari lagu..

Sedang memandu dalam perjalanan..
janggal rasa nya jika tiada iringin muzik..
maka dicari frekuensi radio kegemaran..
kebiasaan nya IKIM atau mahukan genre yang lebih kebaratan , mix fm..

lagu ini begitu puitis liriknya..
syahdu melodinya..
ringan , damai.. mengkhayalkan..
membawa minda terawang-awangan..
menerobos ruang masa..
membiarkan pendengar membayangkan sambil meneliti tiap bait ayatnya..




"Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri"

Dan ketahuilah wahai lelaki, seperti janji mu di atas, daerah paling sunyi itu tidak rela kami kongsikan dengan jiwa yang lain..

"Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang"


Dan mengerti jualah dikau, berada nya kami di sisi kamu adalah juga untuk dilindungi, dipimpin, disuluh ke jalan bahagia.. di sini mahupun di sana kelak

"Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami"


Harapan kami juga.. agar engkau benar-benar menjadi seorang suami..

"Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku"


Termeterainya janji itu kerana kehendak dua hati yang rela.. ia mungkin sukar tapi tidak mustahil untuk bahtera ini kita layarkan bersama..

p/s : lagu yang cukup indah untuk dihayati bersama dalam melayari kerenah rumah tangga.. moga ada manfaat darinya..

1 comment:

Idalara said...

Assalam kakna
kak ida pun suka bila dok sorg2 dgr lagu2 yg mendayu2 mcmni..ni sambil2 baca sambil nyanyi..suka lagu ni..penuh pengertian.