Sunday, October 18, 2009

catatan tidak bertajuk..

keterujaan untuk mengaktifkan diri ber'blogging' dah makin merudum..
makin hari bertambah, kerja juga ikut berganda..
saat dan minit semakin tidak terkejarkan..
sangat jarang diisi dengan waktu senggang..
tempias nya pada blog kesayangan..
ditinggal seolah tidak bertuan..

semalam, jalan-jalan ke kota raya.. ke plaza low yat, ke times square..
merebut kesempatan membeli antivirus kapersky dgn harga promosi..
ramai sungguh manusia..
hari ini cadangnya ke sana lagi.. tapi lelah kelmarin masih belum susut..
postponed ke minggu depan..
cadangnya nak angkut SLR..
belum masanya lagi mungkin..
masih dalam dilema.. jadi atau tidak..
kalau jadi 2000 pasti melayang.. tapi hati puas..

kangar sudah, taiping, KL, next destination.. alor setar
sekali lagi terpaksa berjauhan dari 'syurga' duniaku..
menantikan kesudahan hidup nomad seperti ini..
saat ini aku mahukan matahari mengecilkan saiznya agar orbit bumi bisa menjadi lebih pendek..
maka masa akan berlalu lebih cepat dari kadarannya..

p/s - kenapa harus kadang kala aku berasa sepi.. walau ada yang ingin mengisi.. jangan salahi aku kerna itu soalnya hati..

5 comments:

baLQis Zafira said...

mak aii puitis amat..hehe
aku juga menantikan kesudahan hidup bernomad ni kakna....
namun kenangan bernomad ini jugalah yang membawa kita mengenal ragam hidup di dunia ini...

anaklaut said...

salam....ukhwah,

seremban la pulak..

tq singgah anaklaut..:)

Pei Pan said...

Ada dua perkara yang perlu dijadikan matlamat hidup ini: pertama mendapatkan apa yang anda mahu, dan kedua, menikmatinya. Hanya orang yang bijak sahaja mendapat yang kedua - Logan Pearsall Smith

ummu masyita said...

salam
begitulah hati,tersendiri misteri,

p/s jauh berjalan tu,banyak pengalaman kan.suatu masa nanti,pasti ia menjadi antara momen indah dalah hidup kita.

Kak Long said...

soal hati memang sukar dimengerti..

angkutlah SLR tu, pastinya hati puas dapat merakamkan seribu peristiwa di depan mata.