Tuesday, January 19, 2010

terima kaseh

ungkapan biasa yang selalu sangat kita dengar " jauh perjalanan luas pemandangan". aku kira tamat sudah penjelajahan satu malaysia ku sepanjang practikal selama setahun ni. alhamdullillah , kalau x dek kerana keputusan Dr. chan untuk menghantar kami jauh ke tempat orang untuk tujuan practikal , aku berani jamin memang x kan jejak kaki ni ke wilayah-wilayah di utara sana. mula-mula memang sakit ati, lepas-lepas tu willingly pulak mem"volunteer" kan diri dicampak jauh ke negri orang. dan keputusan itu kuyakini tepat dan bersesuaian.. kerna di negri orang itulah, pengalaman x ternilai harganya dapat aku kutip dan dijadikan sebahagian daripada penceritaan hidup ni..

x perlu aku lanjutkan kisah di negri orang itu krn kisah ini dikhaskan hanya untuk penghayatan diri sendiri.. coretan peribadi kadang kala membosankan pihak luar yang membacanya.. tapi bagi mereka yang punyai watak dan peranan samada yang menjadi tunggak cerita mahupun sekadar watak pembantu sepanjang aku melalui pengembaraan ini, aku mendedikasikan post kali ini khas buat anda . jutaan terima kaseh yang tidak ternilai jutanya.. atas segala perkongsian, tunjuk ajar, ilmu , nasihat, teguran, kasih sayang .. pendek kata segala-galanya.. dan segala-gala itulah yang mencorakkan diri aku yang berbeza dari aku yang dulu..

p/s : pengalaman itu tidak terbayar dek wang ringgit..


4 comments:

Afida Anuar said...

Kadang-kadang ada orang nak tau gak kisah di negeri orang itu. Apa kata kak na kongsi, pasti ada orang seronok baca:)

kakna said...

afida anuar - ye ke? he2.. masalahnyer saya malas menaip.. ha2

Maiyah said...

wah.. sonok tu jelajah satu mesia

kakna said...

maiyah - seronok juga