Monday, February 15, 2010

hari ini, petang tadi.. di dalam kereta..

hari ini, petang tadi.. di dalam kereta..

ayah memandu.. aku dibelakang.. dan ibu duduk di sebelah ayah
kegemaran ayah ialah bercerita ketika memandu.. kami tidak punya tradisi makan malam semeja sambil berbual anak-beranak, bercerita tentang segala apa hal yg berlaku..
jadi ayah lebih suka berkongsi buah fikirannya ketika beliau duduk di kerusi pemanduannya..
dan kami di belakang akan setia mendengar topik yg bakal dibicarakan

hari ini, petang tadi.. di dalam kereta..

ayah berteka-teki dengan kami..
soalannya..
apa bezanya antara jatuh perigi dengan jatuh pokok kelapa??
soalan yang kedengarannya mudah, jelas, terus..
tapi aku tahu.. jawapannya bukan sesuatu yang biasa..
itu "trademark" ayah..
macam2 jawapan yang logik, yang kurang logik, yang lansung tidak pun ada.. dari kami
ayah kurang berpuas hati dengan jawapan yang kami berikan, lalu beliau memberi hint..
"apa bezanya antara jatuh perigi dengan jatuh pokok kelapa? jawapan nya kita fikirkan dari sudut moral.. jawapan di sebalik jawapan" tambah ayah..

dalam hati aku berbisik.. ini bukan hint, ini lagi menambah kekeliruan kami nak menjawab..
lalu kami menyerah dan mendesak ayah merungkai teka-teki ciptaannya sendiri..

jawapan ayah membuat aku kagum padanya untuk kesekian, ribuan, jutaan kali agaknya.. bapaku seorang manusia yang layak dikagumi..

ayah menjawab dengan nada penuh semangat menyebabkan nafasnya agak sedikit tercungap.. walau ayah tahu keadaan sakitnya tidak mengizinkan beliau terlalu teruja namun dia mahu kami faham maksud tersirat di balik teka-tekinya itu..

lalu ayah menyusun kata-katanya..
"beza diantara jatuh perigi dengan jatuh pokok kelapa ialah.. orang yang jatuh perigi, jatuh dari
bawah ke atas.. tapi orang yang jatuh pokok kelapa jatuh dari atas ke bawah.."

" orang yang jatuh dr pokok kelapa ialah orang yang sengaja mencari risiko dengan sengaja memanjat pokok yang tinggi dan tidak berdahan (yang berkemungkinan boleh menolongnya untuk berpaut) dan apabila ia jatuh, jatuhnya sia-sia.. yang dapat mungkin hanya kesakitan "

" berbeza dengan orang yang jatuh ke dalam perigi.. ia terjebak di dalam kesusahan dek kerana nasibnya yang kurang baik walaupun setelah berhati-hati.. namun setelah terjatuhnya dia.. ia bukan jatuh yang sia-sia kerana dia harus bangkit dan naik semula ke atas "

" jadi moralnya.. prinsip hidup perlu begitu.. hidup takkan selamanya selamat.. walau macam mana pun ada ketikanya tuhan akan menguji kita.. dan bila sampai ujian itu.. kita manusia sifatnya lemah.. dan jika takdirnya kita terjatuh.. jatuhnya kita itu perlu seperti orang yang jatuh ke dalam perigi.. sesudah jatuh kita naik semula.. sesudah jatuh kita bangkit semula.. dapat tak?" soal ayah lagi..

dalam hati.. "hebat hero ku ini.."

maka aku menyimpul kan bahawa.. hidup perlu berani mengambil risiko tapi ambil lah ia dengan berhati-hati setelah difikirkan hal itu semasak-masaknya dan bukan hentam keromo.. kerana kehidupan hanya sekali.. dan jika di sepanjang perjalanan hidup itu nanti, bertemunya kita dengan segala macam badai dan onak duri maka tarunglah ia dengan sehebat mungkin dan jika tersungkur nya sekujur badan yang longlai ini, maka harunglah ia dengan segenap kekuatan yang masih berbaki.. dan jangan sekali membiarkan diri seperti orang putus asa..

p/s : banyak lagi kisah2 tauladan dan cerita2 motivasi yang beliau ceritakan.. nanti lah bila berkesempatan akan ku ajar ayah menulis di blog..


4 comments:

maiyah said...

menarik teori tu.. jwpn disebalik jwpn

et said...

ouh.xsangke kat sebalik teka teki tu ade makne tsirat..uuuu~

kakna said...

maiyah - erm.. teori bapaku

et - sy dah jangka cuma tak terjawab

sharamli said...

macamana p0n kita jat0h..kena gak bangun...