Tuesday, March 02, 2010

duhai kakanda

sebelum itu, contoh2 di bwh ini diangkat dari kisah2 benar maka jika ada yang terasa, saya mohon kemaafan terlebih dahulu..

situasi pertama:

kalau keluar dating, segala wang yg berbaki di dompet diserahkan kpd si perempuan. jika 50 yg ada , 50 serah.. kalau 200, 200 serah.. kalau 1000 agaknya pun.."nah amik lah yang, buat beli jajan" .. bukan sekali dua, tapi tiap2 kali kalau keluar bersama. sampai begitu sekali. kalau keluar membeli brg, baki duit semuanya " keep the change honey, amik je". habis kalau semua sen pun bagi pada si perempuan , awak yang lelaki nak makan apa??? keluarga kat kampung tak hulur sikit ke cik abang?? semua berabis pada si perempuan yang belum tentu lagi akan jadi suri hatimu wahai insan bernama lelaki...
yang bikin saya tergelak melampau.. kalau bertandang ke rumah keluarga si perempuan dan bermalam sehari dua di sana, saya faham jika kamu nak tunjuk kan bahwa kamu pantas menjadi bakal suami yang boleh membantu isteri di rumah.. tapi biarlah berpada.. jangan lah sampai kain baju dan adik2 kekasih kamu pun kamu nak tolong cucikan.. nasib baik cucinya guna mesin basuh.. kalau cuci manual.. berbaloi-baloi kah???

situasi kedua:

duhai lelaki , kamu tahu perempuan yang kamu minati ini tunangan orang.. kamu tahu kemungkinan untuk dia jatuh ke tangan kamu amatlah tipis.. tapi mengapa kamu sanggup berabis untuk kekasih orang yang satu ini.. kamu bukan kaya bukan berharta.. kamu kaya sebab biasiswa.. duit amanah rakyat yang kamu dapat agar bila tamat pengajianmu, kamu boleh menyumbang kerahan mu buat negara bangsa.. tapi kamu pecah amanah.. kamu tidak jujur.. duit itu kamu guna untuk membeli cinta seorang gadis.. untung si tunang orang ini, handphone percuma, laptop percuma.. katakan saja.. semua abang berikan...

situasi ketiga:

wahai lelaki.. bukankah percintaan itu harus disulam dengan kepercayaan.. jika tidak banyak sedikit cuma.. bukankah kecenderungan untuk bermain kayu tiga itu lebih tinggi dikalangan kamu-kamu oh lelaki.. jadi mengapa harus disekat kebebasan pasanganmu dengan syarat2 yang sungguh tidak demokrasi.. sangat mengongkong.. kenapa tidak boleh simpan sebarang no telefon lelaki yg tidak kau kenali dalam telefon bimbit?? kenapa harus dipadam semua kenalan lelaki di fb?? kenapa harus diperiksa inbox mesej.. kenapa perlu direport segala aktiviti harian ku, kemana hari ini? dengan siapa kamu pergi? buat apa kamu ke sana? bila nak balik ni??.. waahh.. banyak sekali pertanyaan.. En.lelaki, apa kamu ini suaminya???

situasi keempat:

saya terkesima masih ada lagi rakan saya (rkn prmpuan) yang membuat pengakuan berikut:
"ko nk g ne ni"
"nk g luar jap" (luar dewan kuliah)
"wat pe"
" tepon abang jap, ak malas nk g class.. kalau die kasi ponteng ak nk skip r, tp kene mintak izin dulu ni"
terkedu .............................. kenapa tidak minta izin dari ayah atau ibu.. mereka yang membiayai pengajian kamu. lelaki memang kuat pengaruhnya.



p/s : sy sedar tajuk nya boleh diterbalik menjadi "duhai adinda" namun krn sy seorng prpmn maka kedengarannya tidak enak jika mengutuk kaum sendiri.. tapi mohon jangan ditanya kpd sy kenapa prmpn juga boleh jd begitu.. sy tidak punya penjelasan.. kerana sy bukan prmpn yang serupa itu..


3 comments:

sharamli said...

rimas jugak la kal0 yg jenis nak meng0ngk0ng ni..
mak ayah kita p0n xmcm tu...

Maiyah said...

inilah ragam dan rencah kehidupan

Pei Pan said...

Kita dibentuk dan dicorakkan oleh apa [siapa] yang kita cintai ~ Goethe

Bukan perkara baru! Haih...