Monday, May 24, 2010

ayah..

i think.. a person that always be a subject in my writing is perhaps my dad..
i dont know why i enjoy writing something about this man..

hubungan aku dengan ibu memang jauh lebih akrab berbanding ayah..
dengan ayah aku tidak banyak bicara..
kami berbual bila ada keperluan..
kami bercerita bila ada modal..
tidak seperti ibu..
kami bersidang x kira waktu..
tapi dek kerana itulah.. perbualan anak dan ayah ini sangat aku hargai dan merupakan satu moment yang boleh aku andaikan seperti fenomena letusan gunung berapi..
ia jarang2 terjadi tapi meninggalkan impak yang mendalam..
benar.. selesai satu perbualan bersama ayah, kata2 beliau akan sering membuat fikiranku bekerja.. mencari maksud yang cuba disampaikan..
walaupun kadang kala ayat-ayat nya itu hanya sekadar perbualan basahan hari-harian..
tapi entah kenapa, mungkin kerana sudah terbiasa..
aku mengandaikan setiap butir khalimah yang dititipkan ada tersirat sesuatu dibalik itu..

di hujung-hujung umur nya yang makin berusia..
dengan keadaan kesihatan yang makin menambah runsing di hati aku..
tidak dapat aku nafikan..
hati aku bergetar..
tiap kali mendengar pesanan-pesanan dari ayah..
apa itu antara pesanan terakhirnya?

dari urusan rumah..urusan kereta..bil telefon,elektrik, sehinggakan bagaimana mahu menukar penapis air... "yang alat ganti ni semua boleh beli kat tesco, tapi kene tengok saiz takut nanti tak muat" " yang ni nak buka dia macam ni, meh ayah tunjuk" " water filter ni kene tukar kalau nampak dah kotor". aku memang mendengar sgl nya dengan teliti dengan hati penuh bergetar..

sering kata-kata ini diluahkan " banyak lagi urusan tak selesai, tapi kene selesai satu2, bila nak habis selesai ntah, jalan dekat macam tu pun dah semput "..

akhir-akhir ini selalu ayah bercerita " semalam pun x boleh tidur juga, mengantuk tapi x dapat tidur, pagi tadi dapatlah lena kejap 15 minit.. mimpi pulak " " mimpi sama lagi, mimpi arwah atuk osman, dia ajak ayah pegi satu tempat"..

perbualan tentang mimpi itu selalu terhenti di situ..

that's the thing i always wanted to ask.. " atuk ajak ayah ke mana?" .. yet, i never dared to..

ayah suka buat situasi macam dalam drama..but, drama happened in real life..

pada ketika ini, heroku ini masih di rawat di IJN.. mama,along, kakti, adk2 semua ke sana melawat ayah.. aku tinggal di rumah.. menulis sesuatu tentang lelaki ini..

p/s - akhir2 ini susah untuk melihat ayah ketawa, tapi jumaat lepas, selepas selesai solat jumaat, sesuatu dari perbualan kami yang mencuit hatinya, dan dia ketawa dengan penuh perasaan lucu.. its a rare situation to see ayah with happy face, laughing n smiling.. hopefully to see a lot more of sweet expression from him soon when he recover...

4 comments:

Pei Pan said...

Saya jauh lebih rapat dengan ayah berbanding ibu. Sejak kecil lagi. Mungkin kerana ayah mudah di bawa berbincang dan menerima pandangan anak-anaknya. Mungkin juga kerana ayah seorang yang "rock".

Semoga ayahanda cepat sembuh. Di doakan.

kakna said...

dengan siapapun kite lebih rapat.. keduanya pun ttp sama di hati kt.. mrk manusia plg berjasa dlm hidup seorg insan..

baLQis Zafira said...

ayh ko kt IJN ke kakna?
semoge die cepat sembuh...
sayu plak bace entri ko kali ni..huhuhu....

kakna said...

yup.. dr ckp mmg harus dioperasi jantung nya.. operation plan bln 10 lbh krg..
kene tukr 3 mekanikal injap lam tu..
gerun gak dgr..
hopefully,insyallah..moga die lekas pulih..