Sunday, September 26, 2010

aku terima nikahnya..


Buku ini aku beli atas dasar galakan dari seorang teman yang cukup meminati penulis hasrizal abdul jamil yang cukup dikenali di blognya saifulislam.com

buku ini, sebelum dibelek isi tulisannya, khuatir juga..
takut disalah erti orang lain.." gatal nak kawen dah ke"
mungkin akan ada yang sinis menegur sedemikian..
ketika buku ini aku teliti di MPH, was2 juga kalau-kalau penyampaiannya lebih kepada unsur cinta semata-mata..
bosan..

namun hati kecilku berbisik..
"tak kenal maka x cinta"
aku masih belum mengenal gaya penulisannya ustaz yang cukup sinonim dengan gelaran ustaz cinta ini..
mungkin patut aku beli dan kemudian menilai..
lagipun duit ini aku laburkan untuk buku...
buku sumber ilmu..
jadi tidak akan ada pembaziran di situ..
ok RM 25.00 senaskhah..
terjual..

aku bukan seorang yang gila membaca..
jadi bukan tabiatku tidur buku, makan buku, mandi buku.. segalanya buku..
untuk menghabiskan naskah setebal 271 m/s ini pun bagai mengharung badai..
tika saat ini juga masih belum khatam..
tapi itu tidak bermakna bacaan ini tidak menarik..

sangkaan awal nyata meleset..
ia bukan nukilan yang hanya mengupas hal cinta secara remeh..
isu ini memang isu dangkal jika mahu dibahas..
tak seperti hal-hal politik, isu alam sekitar, kewangan, bencana alam..
yang nampak lebih ilmiah..
tapi aku teringat kembali..
bait ayat..
terbitan sebuah buku dari penulis yang berbeza..

"jika tepat masa, ketika , keadaan dan siapa , cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya" - Pahrol Mohd Juoi

seperti yang tertulis di bahagian sinopsis di halaman kulit tebal muka belakang..
karya ini pantas dijadikan rujukan muhasabah diri bagi yang merancang untuk bergelar suami/ isteri..
atau bagi mereka yang sedang melayari angin bayu atau ribut taufan berumah tangga..
atau mungkin juga sesuai untuk mereka yang gemar mengutip ilmu bermanfaat untuk persediaan hidup..

p/s - untuk buku jenis motivasi islamik begini, aku lebih suka membaca jika ia ditulis oleh seorang lelaki berbanding perempuan.. ia seakan lebih dekat dengan kehidupan dan panduan yang diberikan juga digarap dengan lebih jelas, terarah dan rasional untuk diterima akal..






2 comments:

Farah Hanani said...

wow..

tgh usaha nak abes kan baca..

adakah sdg menyiapkan diri ke alam baru??

huhuhu..

kakna said...

hehehe..
tidak dalam masa terdekat ni..
4 atau 5 tahun lagi mungkin..
masih banyak yang mahu dicapai sebelum betul2 bersedia membuat satu lagi penghijrahan dalam hidup ni..

kamu dlu la senang cite.. kamu kan yang sulung.. :D