Tuesday, September 07, 2010

ucapan maaf buat anak istimewa ini..

cerita ini dikisahkan seorang jiran kepada ibuku.. sekadar ingin meluah perasaan terbuku mungkin. gelodak hati seorang ibu itu hanya ibu juga yang pantas memahaminya.. ayat yang selalu ibu katakan padaku, kalau saja aku menempelak orang tua yang terlalu anxious akan anak-anak..walhal anak itu sudah besar panjang, sudah bersuami.. pesan ibu.."nanti kamu dah jadi ibu baru kamu faham".. erm, 100% tiada bangkangan. setuju sungguh..

kisah kerisauan jiwa bonda ini sebenarnya bukanlah menjadi fokus nukilan untuk post kali ini. ada sub-story nya. barangkali memang umat akhir zaman ini sudah terlalu jahil membezakan yang benar dan yang batil, yang baik dan yang buruk, yang dosa dan yang pahala.. seiiring bertambah maju akal manusia menginvensi teknologi hebat, masih ada ramai@segelintir( tak pasti) yang rupanya masih bodoh!.. kerana apa? mungkin kerana mereka hanya menggunakan akal tapi melupakan suatu sisi lain yang seharusnya bergerak secara sinergistik bersama-sama akal itu.. yakni hati..

agak panjang sedikit post kali ini. kalau rajin teruskanlah.. kisahnya begini, si anak kepada si ibu yang mengadu lara hatinya kepada ibuku ini sebenarnya adalah rakan sepermainan aku ketika kecil. tapi si anak ini anak istimewa, orangnya senteng sedikit, kadang-kadang senteng banyak. aku rasa begiu banyak hutang dosaku pada anak ini ketika kecilnya. memang kami tak suka dia mengikut kami bermain sama. ( menggeleng kpl) kalau kanak kanak sudah pandai bersikap kejam apa lagi org dewasa. itu hal 16 tahun lampau. kini aku sudah 23 dia mungkin lebih muda sedikit setahun atau dua.

dia seperti gadis yang lain. meningkat remaja dengan keinginan untuk disayangi. walau mereng akalnya, dia tetap punya estrogen seperti wanita lain. aku membesar dan melihat perkembangan nya dari jauh. selalunya dia akan tampil dengan imej berbeza2, sekejap seperti lelaki sekejap seperti gadis seksi berbaju sendat ( susuk badannya agak gempal). berjalan dia dengan gaya catwalk yang tunggang langgang di hadapan abg2 bujang sedang bermain bola di padang. she will get so excited kalau ada yang bersiul dan kemudian akan berpura2 marah kerana mengganggunya. " pe suit2, bagi tau abang aku nanti".. wah pandai sungguh kamu berlakon. ya walau kami tak rapat, tapi ceritanya sering aku dengar dari ibu. dia rajin menegur ibu. dan sesekali bertanya khabarku dari ibu. bersalahnya aku krn tidak sekali pun mengambil peluang meminta maaf ats dosa zaman kecilku dulu.

baru-baru ini, ketika umat islam seluruhnya berpuasa, di bulan penuh kemuliaan dgn seruan tazkirah dan peringatan berbuat baik begitu banyak kita dengar.. anak istimewa ini ditimpa kecelakaan. dia didajal orang.. disuruh orang mengedar dadah.. sedih dan terkejut aku mendengar tatkala ibu menyampaikan.

dia ditahan polis di negri sembilan ( rumahnya di s.alam) atas tuduhan mengedar syabu dalam kuantiti yang agak boleh membuatkan tertuduh panas punggung. namun dia dibebas dgn ikat jamin dan pendakwaan digugur kerana statusnya sebagai OKU. Bila diaju samada dia pernah dipaksa mencuba bahan laknat itu, jawabnya pernah, 2 kali.. jujur sungguh.. tanpa ketahuan apa sebenarnya yang dicubanya itu.. memang dajal punya manusia! bayangkan, hati ibu mana yang tidak gundah gulana jika keadaan sedemikian menimpa anak gadis OKU nya..

not that all, malang bertimpa-timpa anak istimewa ini, duit gajinya lesap, duit yang diberikan ibunya juga habis.. semuanya masuk dalam poket lelaki2 dayus.. lelaki kah kalau begitu? yang menjanjikan anak istimewa ini kasih dan sayang palsu.. god, she needs her guardian angel..

bila diceritakan kisah ini.. 2 perkara menerjah ke kotak minda. satu, gelora di hati ibu. bagaimana mungkin mampu hatinya aman dan tenang untuk meninggal pergi zuriat istimewa nya ini.. dua, kita semakin kejam. im just speechless.. lebih tidak terkata bila mengenangkan buruk laku ku ketika kami masih di usia tadika.

p/s : kalau dapat aku berkunjung ke rumahnya raya nanti, ingin aku mohon maaf kerana bersikap sangat tidak adil pada kamu dlu, marah-marah kamu bila kamu nak maen dengan kami.. suruh kamu balik umah bila kamu datang umah kami.. pura-pura dah habes maen bila kamu datang..tolak-tolak kamu sampai kamu jatuh.. for every single bad thing yg saya dah buat.. maafkan saya nana..

No comments: