Saturday, October 09, 2010

eat pray love..

makan, beribadah dan bercinta..
would it sound like.. life is full of fun??
panjang rupanya running time filem ni..
but its worth it to watch julia robert on screen for RM 9

disebabkan tak budget cerita ni lambat nak habis, kami sampai kolej lambat
dan..
pintu pagar telah pun ditutup dari menerima kunjungan sesiapa pun..

so we end up sleeping dalam surau hospital serdang..
beralaskan tikar sembahyang dan berselimutkan telekung putih..
and that particular nite, suhu tempat tidur kami sangat sejuk dan dingin..
tapi tidur tetap nyenyak..
pagi itu kami dikejutkan seorang makcik yang mahu solat subuh..
menggeletek hati bila makcik kata " alaa kesiannn.. xpe tido2"
aku hanya senyum..
sempat lagi bertanya.. "dah subuh makcik yer?"
konon macam musafir berkelana..

semuanya berpunca dari filem yang kami tonton..
but it all have some sort like a connection...
everything is relate to the other..

malam selepas menonton filem..
perut berkeroncong, bersajak, bergurindam..
maka kami pusing-pusing sekitar sri-serdang mencari kedai makan 24 jam..
mana lagi kalau bukan mamak stall..

perut dah kenyang.. lihat waktu di jam tangan..
kalau balik kolej sekarang confirm pak guard tak benarkan masuk..
alang-alang dah lama x jumpa member sejak tamat pengajian..
( balik semula ke kolej untuk urusan convocation)..
"bergosip" la sebentar.. banyak cerita nak catch-up..
punya banyak topik yang menarik, topik yang satu ini juga lah yang kami bualkan..
cerita kahwin, nikah, tunang, kekasih..
cerita cinta..

penat berceloteh, barulah memandu pulang ke kolej..
seperti jangkaan pintu pagar utama kolej 17 sudah tertutup rapat..
terus saja ke hospital serdang untuk solat isyak di surau..
tapi agak lewat.. manusia selalu leka..
melihat kondisi surau yang selesa untuk dijadikan rumah tumpangan..
kami melabuhkan badan seketika..
sehingga subuh..
dan pulang semula ke kolej setelah paginya..

dari kolej masing-masing bawa haluan sendiri..
aku pulang semula ke shah alam..
2 lagi rakan menuju ke genting dan n.9..

ketika memandu, fikiran menerawang mengingat kembali filem yang kami tonton dan turutan peristiwa yang kami hadapi malam tadi..
and..
i was thinking, life could be fun if, we live it as simple as eat , pray and love..
would it?

p/s - but reality would be much more complicated than fiction..

2 comments:

GRuNGe said...

Life can be fun, but without complication in life, it would be meaningless. Cause the complication is something that will teach us.

kakna said...

sebelum saya membaca buku tulisan pahrol juoi ni, memang sy merasakan hidup akan lebih gembira tanpa ada komplikasi.. tp hakikatnya sy perlu bersetuju dengan anda bahawa hidup ini spt sebuah universiti.. ia juga ibarat pendidik.. suka untuk saya selitkan petikan dari buku ini
" ujian hidup ialah satu didikan lansung daripada tuhan, percayalah, Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahupun cercaan"..
yerp.. no lies