Sunday, October 10, 2010

minat baru..

buku dan aku..
semakin lama semakin serasi..
tak sangka kami memang berjodoh..

mungkin dari dulu aku minat membaca..
cuma tak jumpa bahan yang sesuai..
sebab itu bila baca novel, 2 helai dah tutup..
baca majalah belek sampai habis tapi satu benda pun x serap..
buku kuliah tak perlu cerita lah..
luckily surat khabar masih boleh baca..

x pasti berapa lama masa yang diambil untuk melengkapkan pembacaan buku terdahulu (aku terima nikahnya)..
tapi memang lama.. alhamdulillah dah berjaya tamat.. a pretty good achievement juga lah for beginner level like myself..
dan..
membaca naskhah itu sebenarnya menyedarkan aku..
bahawa minat itu sesuatu yang kita boleh pupuk dan semai..
dan ia tidak memerlukan paksaan untuk kita berasa senang membuatnya..
sesuatu yang kita tidak gemar, kita kurang berminat.. sebenarnya boleh di develop menjadi hobi yang menggembirakan dan menghiburkan jika kena pada gayanya..

bila kita tahu genre bagaimana yang menjadi pilihan hati.. gaya menulis yang seperti apa.. isi dan kupasan buku atau mungkin sudah punya calon penulis favourite..
ya.. buah tangan hasrizal abd jamil dan pahrol mohd juoi kini sudah tersenarai antara yang "mesti beli"..
buku dr. danial zainal abidin juga boleh jadi menarik..
tapi mungkin terlalu berat untuk dijadi bahan bacaan santai..
aku tak mahu melumpuhkan minat yang baru mahu berputik ini..
mati benihnya nanti belum sempat nak jadi tunas apatah lagi pohon..

tadi singgah MPH di SACC mall..
2 lagi buku disapu..
kedua-duanya tulisan anak si juoi ini..
selama aku membelek buku tidak pernah terlintas untuk membaca muqaddimah dari penerbit atau dari penulis..
tapi buku ini, magiknya.. dibaca jugak!

indah bahasa yang digarap..
antara pesanannya..

" tidak cukup hanya kita yang menjadi baik tetapi berilah kebaikan . Tangan yang menghulur mawar ,akan lebih dahulu harum baunya"


"aliran ilmu umpama aliran air. air sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. lebih rendah sesuatu tempat itu, maka semakin banyaklah air yang bertakung di situ. justeru, lembah dan lurah sering bertukar menjadi tasik, sungai dan ngarai. maka begitu ilmu, perlu ditakung dengan hati yang merendah diri. "


" kita tidak boleh menggergaji habuk kayu. ertinya masa lalu akan terus berlalu. apa yang penting gunakan pengajaran masa lampau untuk mengemas kini 'masa kini' dan merancang masa depan. yesterday ended last night!"

dan akhirnya beliau meninggalkan coretan ini..

" bacalah.. bacalah dengan nama Allah. rendahkan hati dan diri anda. pedulikan sama ada saya yang menulis ini baik atau jahat, jahil atau ilmuan kerana jika anda tawaduk anda bukan sahaja boleh belajar daripada orang yang baik dan berlimu tetapi juga daripada orang yang jahat dan dungu."

demikian kata aluan yang memikat sanubari aku untuk terus meneroka segenap sumber ilmu.. untuk memperoleh ia..

p/s : reading is fun.. mungkin iklan galakan membaca di tv berkesan.. atleast pada aku..

10 comments:

Idalara said...

membaca pesanan penulis hati kak ida dah teruja nak membaca novel karya penulis tersebut...
kak ida pun dah ada minat baru skrg..menjahit manik pada baju...leka smpai blog pun terabai..

ika said...

husna, apa judul 2buku yg kamu berjay rembat tu?

Pei Pan said...

" Buku yang baik adalah kawan yang baik, hari ini dan selama-lamanya"
~ Martin F.Tupper.


Moga "jodohnya" kekal =)

kakna said...

kak ida - saya teringin benar nak belajar jahit manik.. tapi x tahu lah minat tu serasi ke tidak dgn sy ni.. jahit butang baju pon belum tentu pass.. tapi x kenal maka x cinta kan.. kene cuba dulu..


ika - kedua-dua buku tulisan pahrol mohd juoi.. tajuk nya.. 1) nota hati seorang lelaki 2) dimana DIA di hatiku.. dah lama usha buku ni ika, tapi masa tu belum jatuh cinta dgn minat baru ni.. masih kedekut nk beli buku.. :)


pei pan - sy "bercinta" dgn hobi baru ni..dan sy "bahagia".. "jodoh" pnjg la agknye tu.. :D

ika said...

ok,noted!
nk try jgk r..
hehe..

kakna said...

ika - lau ade buku len yg menarik... sharing2 ya..

Abang Long said...

Membaca memanjangkan usia ...

kakna said...

abg long - info baru.. yg sy tau byk mmbc mengelakkn kt dr risiko penykit2 mudah lupa..

GRuNGe said...

Membaca memang seronok. Tapi bila dah tinggal, nak mula balik memang susah. Terima kasih kerana sudi singgah.

kakna said...

grunge - sm2.. pasti akan singgah lg..