Wednesday, December 15, 2010

cinta itu hebat..

cinta dan kasih sayang.. perasaan paling asas "the fundamental feeling" of all living creatures..
ia agung, ia penuh berkuasa..
jika tidak..
masakan shah jahan sanggup bergadai harta, masa, tenaga, segalanya untuk membina mahligai buat isteri tercinta..
kerana cinta datangnya keberanian saidina Ali bergalang nyawa menggantikan dirinya di tempat tidur baginda Rasullullah..
kerana kasih pada kandungannya, ibu sanggup bergadai nyawa melahirkan zuriatnya..

bayangkan situasi anda pada keadaan berikut..
jika seekor singa kelaparan berada di luar rumah kita, pastinya kita takut dan gentar untuk melangkah keluar walau seinci..
gerun kalau -kalau diterkam , dibaham, dilahap..
tapi andaikata..
pada masa yang sama, ibu kita juga berada di luar rumah bersama-sama dengan singa kelaparan tadi..
apa kita mampu berdiam diri dan melihat ibu kita dalam bahaya keseorangan?
sudah tentu tidak..
dengan tidak semena-mena , keberanian akan datang untuk menyelamatkan ibu kita..
ia terbit hasil dari perasaan kasih dan sayang..

cinta itu hebat..
cinta itu menakjubkan..
rugilah kita, jika tidak merasainya..

p/s - cintailah kebenaran..

No comments: