dan boleh saya simpulkan pesakit-pesakit yang menerima rawatan jantung di sini sudah saling mengenali antara satu sama lain. mungkin pada awalnya hanya datang untuk pemeriksaan susulan tapi kerana terlalu kerap berjumpa , hampir setiap bulan sekurang-kurangnya sekali, perkenalan secara tidak sengaja pada awalnya bertukar menjadi ikatan persahabatan yang diikat dengan satu persamaan antara mereka; jantung yang sakit. ayah banyak menemui teman tidak sengajanya di sini. tidak kira bangsa atau agama, kalau berjumpa mesti bertegur sapa bertanya khabar berita. sapaan nya tetap sama setiap kali " ambil ubat en.karim" " operation dah tetap tarikh belum?" " kesihatan makin hari makin merosot".. bla3.. serupa.. tapi saya kira mereka tidak pernah jemu membincangkan hal itu. atau sudah redha dengan ketentuan.
melihat pakcik/makcik atau abang/kakak yang berstatus pesakit mahupun ahli keluarga pesakit, mereka cukup tabah dengan keadaan yang dihadapi walaupun hari-hari mereka diisi dengan penuh risiko. dijemput menjadi tetamuNya; meninggalkan dan ditinggalkan. ( yang sihat juga tidak terkecuali, hakikatnya). sejujurnya saya tidak mampu meletakkan diri sendiri dalam situasi ayahanda, saya tidak dapat merasai perit yang ditanggungnya. saya tidak berupaya mewujudkan perasaan empati dalam diri untuk ayahanda. mungkin kerana beliau sendirian sudah cukup kuat melawannya. ya, ayahanda seorang lelaki yang pada saya bukan sembarangan.
seorang tua yang tidak saya kenali. tetapi wajahnya selalu saya lihat tatkala menemani ayah ke hospital. mudah untuk notice akan kehadirannya. warga emas yang datang berseorangan dengan segumpal beg plastik di tangan berisi bermacam kotak ubat-ubatan. kalau di tesco kita akan mengandaikan ' oh! orang ni beli barang stock seminggu'. suka saya memerhatikan gelagatnya dan saya fikir dia juga antara regular customer di sini kerana agak popular di kalangan staff hospital mahupun customer2 lain. bagaimana kalau hari-hari tua saya juga ditakdirkan begini? ditimpa berjenis-jenis penyakit, terpaksa menjadi penagih kepada dadah-dadah yang diluluskan ini, and the worse part.. menghadapinya seorang diri tanpa siapa yang peduli (dikalangan ahli keluarga). no one can predict what the future will look like.. ( teringat kata-kata seorang teman, perempuan cenderung untuk berfikir secara berlebih-lebihan; kalau ia satu kemungkinan yang bukan mustahil, mengapa tidak kita bersedia awal )
saya mendoakan apa yang terbaik buat ayah. jika kembalinya ke sana lebih baik maka jemputlah, jika masih diberi nyawa yang panjang maka pulihkankan lah kesihatan ayahanda ku ya Allah. ringankan penyiksaan fizikal nya ya Allah, permudahkan ibadahnya. sesungguhnya Engkau maha mengetahui setiap ketentuanMu.
saya tidak punya tempat meluah untuk menceritakan perihal sakit lelah ayah atau jerit-perih diri sendiri. tidak pada ibu atau adik beradik, atau saudara mara. kerana saya tidak pandai dan tidak suka bercerita kisah saya pada orang yang dikenali. tapi lumrah manusia , kita ingin didengari agar beban terasa ringan. dan medium ini lah saya fikir sebaik-baik platform. agak sayu sedikit mood hari ini; hopefully hari lebih ceria menanti di masa-masa mendatang...
p/s - sayangi diri.. sihat itu nikmat!
1 comment:
Itulah sifat manusia. Sering terlupa bersyukur bila sihat. Apabila sakit barulah teringat dosa-dosa lama. Ayah saya kata sakit itu penebus dosa.
Post a Comment