Monday, August 31, 2009

31 ogos dalam sejarah..

Selesai sudah membaca naskhah tulisan Khaled Hosseini ini ( the kite runner).. lama juga masa diambil untuk mengkhatamkan buku setebal 613 helaian ini.. pembacaan yg agak sukar untuk beginner seperti aku.. nasib muka suratnya saja yg tebal .. mesejnya aku kira mudah difahami.. tapi untuk entry kali ini, bukan isi tersurat buku ini yang pantas ingin ku coretkan.. ada yang tersirat di balik bait tulisannya.. tentang kemerdekaan..

tepat 31 ogos aku usai membelek helaian terakhir .. tarikh itu membuat aku terfikir bahawa untungnya aku dilahirkan disini bukan di afghanistan.. bertuahnya aku dibesarkan di sini bukan di afghanistan.. bahagianya aku berlindung di sini bukan di afghanistan.. di sini .. di bumi tuhan.. Malaysia..

di sini.. di tanah tumpah darah tercinta.. setidaknya, kita punya memori waktu kecil yang indah.. kita punya kenangan mengusik jiwa tatkala mengimbau zaman kanak-kanak yang penuh kelucuan dan keseronokan.. kita masih bisa bercerita pada generasi anak-anak selepas ini bagaimana kenakalan ibu dan ayah sewaktu kecil. Bebas bermain.. bebas berlari.. bebas ke sana dan ke mari..

di Afghanistan.. itu tidak bisa.. sejarah manis sudah terkubur lama. anak-anak hanya mengenal roket dan bedilan peluru bertubi-tubi.. mereka sangat mengenali itu semua..

andai anak Malaysia dan anak Afghan diletakkan di suatu kamar yang sama.. apa agaknya bual bicara mereka? Aku tertanya..

wahai bangsaku.. sayangilah Negara ini.. sumbang lah sesuatu biar kecil tapi tulus dan ikhlas.. paling tidak jadilah kita warganegaranya yang berhemah. Itu lebih baik dari politikus bertopeng menjaja air liur, menabur fitnah, berjanji kosong, memporak peranda seperti musang seperti gunting dalam lipatan seperti musuh dalam selimut..

sayangilah Negara kita.. kerna bangsaku.. kita sudah tidak punya tempat lain..di sini.. inilah satu-satunya tanah milikmu..

p/s - selamat hari merdeka malaysia..

6 comments:

Kish said...

yeah, me d 1st! he he (",)

salam merdeka kak na..... tahniah sbb berjaya habiskan buku tebal tu, he he. Kalau la kish, haish~ tentu da merangkak2 *maklumalah, disiplin membaca da merundum teruk!*. Bace coretan akak ni buat kish bepk dalam. Bukan pk kan diri sndri. *insyALLAH diri ni masih menghargai nilai merdeka secara wajar*, cume mengenangkan anak bangsa skang ni. Rasanya, da x ramai yg 'kenal erti merdeka'. Sedih kalau nak cerita panjang lebar. (-.-!)

p/s : jauhla bumi indah Malaysia ni dr asakan dan bedilan kehancuran duniawi. AMIN!

Mrs Nurul said...

merdeka kah?

jom tdo...

Idalara said...

salam kakna..
singgah di sini menjelang pagi..ntah mengapa mata tk mahu lelap..
mudah2an kemerdekaan akan kekal di bumi malaysia ini.

Abang Long said...

Yang paling utama ialah merdeka dari pemikiran penjajah dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah

syauqah wardah said...

Salam ziarah...
nice post!
sy juga amat sygkn negara ni sbgmana akak.
sy xfhm knp ada pihak y suka sgt tgk negara kita ni hancur, porak peranda...
demo sana, demo sini, fitnah sana, fitnah sini, ungkit sana, ungkit sini..

Lau xsygkn malaysia, dipersilakan keluar dari negara yang berdaulat ni...

p/s maaf. emo. geram bila dgr org luar ckp malaysia sudah tidak aman lagi gara2 demonstrasi jalanan y menyebabkan kerugian RM200 juta baru2 ni. :(

MOMMY CGG said...

salam merdeka kak na:)