Tuesday, August 25, 2009

aku merindui mereka..


jam 4.42 pagi..

ringtone berbunyi..

one message received..

ku buka inbox..

dari ayahanda..

"Ya Allah Ya Tuhanku,
muliakanlah anak ku ini,
bahagiakan kehidupannya,
berkatilah rezekinya,
kuatkan imannya,
berikan kenikmatan ibadahnya,
jauhkan dari segala fitnah,
berikan kejayaan dunia akhirat,
amiin. selamat berpuasa. semoga anak2 ku dlm rahmat dan keredhaan Mu Ya Allah.."

reply button

" amin. tengah bersahur.. time kaseh.."

saat itu, hati dirudum rindu teramat sangat buat ayah..
alangkah bagusnya di waktu ini, kalau aku dapat menjamah sahur bersamanya..
dan juga bonda..

p/s - setiap hari ayah x pernah lupa bertanyakan juadah berbuka di bulan puasa. jika tidak ku balas dgn segera, ayah lantas akan menelefon, khuatir kalau2 aku tertidur dan terlepas waktu berbuka..
kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa berkorban nyawa..

10 comments:

Anonymous said...

syg ayah..tak terbls budi kit kat parents..huu

Idalara said...

salam kakna
maafkan idalara kerana lewat singgah rumah kakna..thanks sudi jd sahabat idalara..
saat hti ini terlalu hiba..terbaca pula entri kakna..tambah hiba.
ayah bonda adalah segalanya buat kita..
dan adakah kita berjaya menjadi seperti mereka..

mudah2an ayah kakna sentiasa sihat dan dirahmati Allah.

kakna said...

to idalara : terima kasih mendoakan kesejahteraan mereka..

to shazz : jasa mereka x terhitung banyak nya..

. said...

Abah aku pun sms pagi tadi.
Bagitau external harddisk dia dah beli.
hehe.

ummu said...

assalamualaikum,salam perkenalan.
mudah-mudahan Na tabah hati ya.memang sedih jauh dari orangtua kita.
alangkah baiknya ibubapa Na,bertanya khabar pada anakanda tercinta.semoga Allah kasihkan mereka sebagaimana kasihnya orangtua kita pada kita

dark said...

dan itu telah mnjadi kenangan yg terindah buat saya..salam..

kakna said...

to nizamsani - hurmm ayahandaku bukan kaki gadget,
klu x mst lagi best..anak bapak satu kpl..

to ummu masyitah - waalaikumsalam.. ia begitulah jika sudah berjauhan..jauh di mata dekat di hati..

to dark - tuai padi antara nampak, esok jangan layu-layuan, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan.. wasalam

anak laut said...

salam...kakna,

pasti sayu bersahur tanpa ayah dan ibukan..
anaklaut mendoakan agar kedua ibu bapa kakNa dirahmati allah selalu..bahagia hidup mereka di dunia dan di akhirat..amin..

zai said...

salam kakna,

bestnya..jadi anak bapak ni..mesti ayah kakna seorang yg penuh kasih sayang buat anak2..

- said...

Salam Kak.na.

Terima kasih sbb follow blog saya.