aku mahu punyai memori ketika aku masih di dalam rahim ibu..
aku mahu tahu apa saja yang ibu bualkan dengan satu nyawa lain dalam dirinya..
aku mahu tahu susahnya ibu mengendong satu bebanan, kesana, kesini..kesitu dan kemari
aku mahu tahu kepayahan ibu bertarung diantara hidup dan mati
aku mahu mengingat bagaimana nakal nya aku ketika di usia bayi..
aku mahu tahu apa aku sangat melelahkan orang tuaku..
aku mahu tahu bagaimana sukarnya tidur malam ibu menjaga si kecil ini..
kerna aku yakin jika semua kita bisa mengingat detik-detik itu, kita akan menyayangi ibu dan ayah sepenuh nyawa, jiwa dan raga.
p/s : khalisah ( anak saudara berusia 3 bulan) kerap berjaga malam. runsing si ibu melayan kerenah si comel ni. esok harinya harus ke pejabat. x terurus urusan ibu dek kerana kita. jadi, khalisahku.. dewasa nanti, jadilah puteri bonda yang baik, yang mendengar kata, yang solehah,.. yang seperti fatimah az-zahrah.. insyaallah
4 comments:
Nama anak saudara tu sedap di dengar - Khalisah. Semoga dia membesar dengan baik.
pei pan - nama yang mudah dipanggil, punyai maksud yang baik, insyaallah.. moga dia membesar menjadi anak yang baik.. makcik die tumpang gembira :D
insyaallah(:
p/s: first time singgah sini=p
fatin - terima kaseh.. senang2 singgah la lg.. :D
Post a Comment