Wednesday, February 17, 2010

aku beriman maka aku bertanya - jeffrey lang

Penulis merupakan seorang amerika yang pada awalnya menganut atheis namun setelah diberi hidayah tuhan beliau memeluk agama islam. Buku ini merupakan perkongsian beliau mengenai persoalan2 logik yg sering difikirkan mengenai ketuhanan dan perihal2 lain berkenaan islam.

Bacaan ini menarik perhatian saya untuk membacanya demikian kerana saya akui saya bukanlah seorang islam yang arif tentang agama yang saya anuti ini. Masih banyak lagi kekurangan dan kedangkalan saya mengenai islam meskipun agama ini saya warisi sejak azali lagi. Insyaallah segala yang asas dan wajib saya turuti dan yang sebaliknya saya jauhi. Namun tidak terhenti disitu sahaja pengenalan islam itu pada penganutnya. Atas inisiatif kita sendiri untuk lebih mengenali agama ini dengan lebih mendalam. Moga-moga dengan ilmu itu dapat mempertingkatkan darjat kita setapak lagi menghampiri sang pencipta.

Saya juga punya banyak persoalan yang tidak pernah saya terfikirkan, namun setelah membaca bahan ilmiah ini saya sendiri berfikir mengapa tidak saya terfikir perkara-perkara sebegini. Apa saya hanya menuruti segala apa yang yang diperintahkan tanpa memahami, tanpa menyedari bahwasanya jika saya lebih tahu maka saya akan merasa lebih dekat denganNya. Penulis benar-benar seperti menyindir golongan seperti saya yang telah dikurniakan nikmat islam tanpa perlu bersusah–payah mencarinya terlebih dahulu. Sindiran itu lantas saya ambil sebagai medium loncatan untuk memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih mengenali agamanya. Insyaallah.. moga hidayahNya tetap disisi orang2 daif seperti saya agar sentiasa berusaha mencari Dia yg satu.

p/s - buku yang bagus.. cuma naskah yang saya baca adalah penterjemahan ke dalam bahasa indonesia maka ada sedikit jurang dari segi bahasa di situ namun pemahaman isi pokoknya tidak sama sekali terjejas..

3 comments:

Pei Pan said...

Kena cari di pasaran buku ni. Macam seronok untuk di baca.

Afida Anuar said...

KakNa...ayuh sama-sama kita mendalami islam. Sebenarnya fida kagum dengan orang spt Jeffrey Lang, wlupun baru mengenal islam, tapi seolah Islam itu sudah lama bertapak kukuh dalam diri mereka! Malu pun ada dengan mereka ni..

kakna said...

pei pan - saya bc versi maya.. downlud jer dr tenet

afida anuar - erm.. betul.. bile baca rasa tempias malu pada diri sendiri.. byk kupasan beliau dalam buku ini yang diambil contoh-contohnya dari al-quran. persoalan2 agama yg beliau utarakan memang masuk akal dan mungkin kita tak terfikir utk memikirkannya krn kita mmg sudah islam sejak dr awal kelahiran maka pertanyaan2 seperti itu jarang mahu kita ambil peduli sedangkan kata org tak tanya maka tak tahu..tak tahu maka tak kenal..dan bila tak kenal maka tak cinta.. bersesuaian dgn tajuk yg dipilih penulis