Saturday, July 10, 2010

Dont gamble with your life

hidup ini satu perjudian.. bukan soal hidup yang sentiasa bermain dengan nasib yang ingin saya ketengah kan tapi sedar atau tidak, saya, anda sesiapa saja mungkin pernah membuat transaksi haram ini tanpa pengetahuan kita.

mulanya hanya sekadar ingin mendaftar untuk online banking bank islam, namun pencarian di google membawa saya ke sebuah artikel berkenaan kewangan islam; ditulis oleh ustaz zaharuddin. entri nya bertajuk HUKUM CABUTAN BERTUAH & BENTUK PERADUAN, PERTANDINGAN MODEN.

tujuan saya mendaftar untuk online banking disebabkan musykil akan pertambahan wang ke dalam akaun meskipun tiada kemasukan dilakukan oleh pemilik akaun; yakni saya lah.. jadi boleh semak transaction history.. ntah siapa insan yang mungkin bermurah hati mengkreditkan wang ke dalam lubuk emas saya, atau mungkin si polan ini bakal menjadi insan yang bernasib malang kerana tersalah bank in duit, atau kemungkinan saya memenangi peraduan RM 100,000 yang dianjurkan bank islam.. ah! tidak tahu lah rezeki apa yang jatuh dari langit ini.. atau musibah?

berbalik kepada pucuk persoalan.. judi dalam kehidupan.. banyak sekali bentuk2 perjudian secara tidak sedar yang mungkin telah saya dan anda lakukan.. tidak perlu kita bincangkan soal judi dalam bentuk yang terang lagi jelas, itu patut diketahui umumnya..

artikel ustaz diharap dapat membantu meningkatkan pemahaman dan dengan ilmu itu insyaallah dapat memelihara kita dari terus melakukan apa yang diharamkan oleh agama.

p/s - link artikel - http://www.zaharuddin.net/content/view/688/98/

No comments: