Tuesday, August 31, 2010

Diari hati..

nukilan ini agak bersifat peribadi dan pada dasarnya bukan bertujuan untuk menjaja kisah romantis kami..
sebabnya..
dolu2.. aku pun salah seorang extrimis yang lantang mengutuk( kutuk blakang-blakang je) couple2 yang teruja mencanang cerita uda dan dara mereka..
nah sekarang, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih..
jadi untuk tidak keterlaluan, ingatan untuk pembaca, sila luangkan masa hanya jika anda berminat menyelami nurani seorang perempuan yang di dalam benak hatinya kini.. ada taman-taman syurga yang padanya begitu damai dan indah..

suka aku mulakan bicara ini dengan sepotong kata yang dolu2 pada aku, ayat ini hanya orang gila seperti majnun saja yang akan memperakuinya.. merepek sungguh fikirku..
tidak aku nafikan, dolu2.. jiwaku ego, enggan tunduk pada suatu perasaan yang hakikatnya cukup mempesonakan pada sesiapa saja yang mengalaminya.. ayat ajaib itu berbunyi begini..

"jika tepat masa, ketika , keadaan dan SIAPA , cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya" - Pahrol Mohd Juoi

aku cuba merenung kembali dan lagi dan lagi.. ayat tersebut.. sebelum aku benar-benar memutuskan untuk menerima dia sebagai teman yang lebih dari sekadar rakan..

dolu2.. aku selalu memikirkan dengan perasaan penuh egois, bukan calang-calang manusia yang dapat merampok hati emas ini ( bongkak sungguh kedengarannya).. kadang-kadang aku merasakan bahawa jodohku pasti lambat kerana aku memilih bukan kepalang ( logik akalnya ikan di pasar juga akan dipilih yang segar-segar agar rasanya manis bila digulai, inikan pula pasangan hidup, padaku ini bukan keegoan tapi keperluan) juga aku dilabel sebagai perempuan bercita rasa tinggi (yang mana pada hematku, memilih tidak bererti high taste, asal ia mencapai standard yang ditetapkan, dan standard tidak semestinya diletakkan pada tahap yang tinggi menggunung).

apapun prinsip nya, aku keras mengatakan aku takkan sekali menjadi hamba cinta manusia.. dan alhamdulillah kini walau hati penuh debunga cinta namun aku masih pemilik taman.. aku masih tuannya..

apa jua yang pernah bermain di fikiranku suatu masa dulu, kini aku sedar ia hanya sesuatu yang datang dari minda yang lemah dalam membuat penentuan dan ketentuan. itu hanya sekadar cebisan maklumat yang dihantar dari satu cabang dendrit ke cabang yang lain yang mana ia mendorong aku membuat satu kesimpulan yang terlalu awal tentang cinta.

hakikatnya,

bila tepat masanya,
bila tepat ketikanya,
bila tepat keadaanya,
bila tepat SIAPAnya..

tidak perlu orang sembarangan, hilang segala ego, cita ke kiri rasa ke kanan.. apa yang perlu hanya ketepatan itu... bila segalanya begitu tepat.. maka itulah

syukur tuhan Engkau pertemukan jiwa kami, dan pilihanmu ini jualah pilihanku..
moga dapat kami layari tempoh penuh ranjau ini dengan dipanduMu ya tuhanku..

mahu saja aku menjerit agar dunia mengetahui kewujudan rasa diantara kami..
mahu saja aku bercerita pada ibu pada ayah pada adik pada kakak pada abang pada teman2..
atau trend terkini... wall post di fb, twitter, forum, ym..
biar satu dunia ketahuan..

oh tidak... tabiat ayam bertelur riuh sekampung ini padaku masih lagi kerja si gila majnun..
aku tidak kemaruk cinta, hanya bahagia..

pada yang belum ketemu, the x- factor is not yet there, ketepatan itu belum terjemput
aku sudah ketemu tapi dia belum menjadi takdirku..
tapi bukankah jodoh itu juga perlu usaha..
dan kami berusaha..
agar pertemuan 2 hati ini dipanjangkan serta dipermudahkan..
insyaallah..

p/s : ia suatu perasaan yang mendamaikan.. namun aku tidak mahu hanyut.. bimbing kami ya Allah membina sebuah lagi rumahMu, menjunjung sunnah MuhammadMu..





6 comments:

GRuNGe said...

;) Dunia cinta. Kadang-kadang best, selalunya hilang logika.

kakna said...

hehe.. terserah pada pencinta.. hopefully x hilang fokus..

Pei Pan said...

Selamat berbahagia =)

kakna said...

pei pan - terima kasih.. buat kamu juga..

_ReRaMa_TeRBaNG_BeBaS_ said...

congratz,,,moga suatu hari nnt, aku dpt rse ape yg ko rse husna~huhu..

kakna said...

ika - insyaallah.. bila segalanya tepat pada waktu.. nnt ia dtg bertamu.. tunggu dgn sabar yer..