Monday, August 10, 2009

H1N1, bala dan keengkaran orang agama tegur kemungkaran - Tok Guru

KOTA BHARU, 5 Ogos (Hrkh) Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkiaskan, virus H1N1 yang semakin serius melanda negara hari ini adalah satu bala atas kemungkaran yang berlaku. Bala ini katanya akan datang tidak mengira samada di kawasan itu ada golongan agama atau sebaliknya, semuanya akan ditimpa. Lebih-lebih lagi apabila ada golongan agama yang 'membisu' yang tidak mahu menegur atau menasihati kemungkaran yang berlaku, ujarnya sinis.

kerja di hospital memang tinggi risiko nyer.. tiap2 hari deal dgn pt yg suspected H1N1.. berada pada zon bahaya memang men'physcho' kan diri.. kadang2 x demam pon rase macam nak demam.. ada benarnya komen tuan guru ni.. musibah ini mungkin satu bala seperti mana yang berlaku ke atas aceh pada kejadian tsunami beberapa tahun lepas.. harapnya ramadan al mubaraq yang bakal menjelang, moga masih ada rahmat dan berkat ke atas tanah air tercinta kita..Malaysia

1 comment:

Anonymous said...

doakan bersama wabak ini berakhir..sedih sangat..mohon ampun pada yg Maha Esa sebab terlalu byk kita alpa padaNya