Friday, September 04, 2009

pengalaman sebulan 3 minggu

bermula tarikh ini.. bermakna tinggal seminggu lagi di taiping. pengalaman belajar di sini cukup banyak kerana berguru dengan mereka yg ikhlas menurunkan ilmu.. malah terlebih ikhlas.. bukan saja yg berkaitan diajar, yang tiada sangkut pautnya juga tidak lokek dikongsi. dan seperti sedia maklumnya, yang tidak bersangkutan itulah yang akan segar dalam ingatan.. yang tidak mudah terlupakan.. topik tambahan buat penambah ilmu di dada.. ilmu apa? ilmu rumah tangga.. =)

mereka memang spesies yang terbuka mindanya.. terbuka luas sekali.. wanita bekerjaya yang bijak, punya karisma, punya karekter, moden dan segala macam lagi.. jarang sekali mengeluh bahkan seakan tidak pernah berkata lelah akan urusan2 pejabat.. tetapi.. lain pula kisahnya bila wanita mula bercerita.. ayat standard pembuka warong kopi " kite orang pompuan ni susah.."

apa yang selalu dibualkan , digosipkan oleh wanita-wanita seperti mereka ketika di pejabat.. tentunya berbeza dengan gosip2 cik jah,cik milah di warungan kampong atau kedai kopi @ siswi2 kolej.. kini baru aku mengerti.. menggalas tugas bergelar perempuan, ibu, isteri, bakal isteri, tunang orang.. bukan pekerjaan mudah..

sebulan 3 minggu aku rasa aku kini lebih bersifat observant..

mrs lim yang sedang sarat mengandung terpaksa berulang alik dari taiping ke ipoh setiap minggu, dialah pemandu dialah penumpang, sakit2 belakang kerana terpaksa membasuh baju secara manual, rumah xde mesin basuh.. katanya " apa boleh buat, suami manyak kedekut, tak romantik lansung". sepotong ayat yang sering diucap beliau yang membuat kan saya selalu teruja ialah " mengandungkan bayi ialah pengalaman yang sangat seronok, setiap hari akan melalui pengalaman yang berbeza, boleh rase baby bergerak". beliau gemar bertanya dan berkongsikan info mengenai kehamilan dan aku sedikit sebanyak dapat mengabsorb detail2 untuk kegunaan hari muka..

miss wong.. seorang bakal isteri yang tidak sudah-sudah dengan urusan perkahwinannya.. setiap hari kerjanya mengira budget untuk perancangan walimatulurus yang bakal dilansungkan..
"minggu lepas kereta saya berbunyi kuat, saya pegi hantar bengkel kasi betul org tu caj 300 lebih, so sekarang ni saya sudah jatuh miskin and x boleh jemput ramai-ramai orang untuk wedding saya nanti la". " hari tu sudah beli mesin basuh, air cond 2 biji, katil almari semua..sekarang boleh makan maggi saje la". perempuan memang suka merancang itu dan ini.. dan proses itu sering diselangi dengan rungutan dan keluhan-keluhan kecil yang kebiasaanya tidak lah membawa maksud apa2 yang serius..

cik jun.. dengan kerenahnya yang agak playgirl.. " saya cakap kat bf saya, selagi die x kurus x mo bawak die balik jumpa mak abah sy kt kampong..tunggu hensem sket dulu". sudah berpunya tapi masih mengusha.. termasuklah yang sudah dicopyright.. bukan lelaki saja yang mata keranjang, kaum kita pun ada jugak yang sewaktu dengannya.. juga dilabel sebagai wanita gila kasut dan seorang yang cukup redha dengan takdir " kalau nanti suami saya nak kawen lain, kawenla bang.. janji abg cakap dulu dengan saya.. jangan maen sorok-sorok blakang". untuk pertama kalinya saya percaya dengan ketulusan hati cik jun melafazkan kata-kata hikmah ini. dia memang bersungguh menyatakannya.. dan itu membuatkan dia tampak seakan perempuan yang janggal sikapnya.

puan balkis aka bos kecik.. garang- garang juga tapi cukup takut pada suaminya.. " saya lain x pikir dah, dalam pale otak saya dah terbayang balik umah ni mesti kene marah ngan laki saye" seperti ada sesuatu yang tidak kongruen dengan sikapnya yang tegas sebagai 2nd bos di pejabat tapi seperti kuli di rumah.. segala hal rumah dan anak-anak beliau ambil alih.. saya tertanya dimana tugas suami? demo ISA boleh turun anak sakit minta dihantar ke klinik belom tentu boleh urus - abeh la sy kalau dia terbaca post ni..

puan ad ibu beranak satu.. satu-satunya wanita normal di pejabat.. ciri kewanitaannya yang ringkas, ayu, lembut cuma satu saja keluhan yang biasa saya dengar " kan bagus kalau laki aku kaya.. kalau laki aku kaya memang aku berenti kje terus.. malas la nak keje dengan nak jaga anak lagi ".." laki aku soh masak sambal..tapi aku tak pandai masak sambal asyik rasa masam je.. sambal guna cili boh ke mesin cili sendiri"..
anak baru seorang belom 2 belom 3.. dietician x reti masak sambal.. ish pelik.. bukan normal la agak nyer ni

boss besar.. seorang lagi mangsa keganasan emosi rumah tangga.. tidaklah mengganas mana si sang suami cuma isteri merasa seperti terabaikan.. melihat dua contoh ini dan contoh-contoh yang banyak lagi boleh kita saksikan dari kisah rumah tangga di luar sana, mengapa semua nya harus isteri yang mengurus?? boss besar akan sentiasa hilang di tengah-tengah waktu pejabat dan pulang awal ke rumah untuk membereskan hal-hal yang sepatutnya ditugaskan kepada dua individu bergelar suami dan isteri.. sekejap ada sekejap xde.. ketakutannya ialah " setiap kali lambat datang bulan saya jadi takut la..takut positif.. cukuplah 3 orang ni dah x larat". baru-baru ini beliau keguguran di peringkat awal kandungan.. dan itu merupakan satu berita gembira bagi pihaknya.. sampai begitu paranoid sekali!


p/s - kesimpulannya.. kahwin, suami, anak-anak, rumah tangga..oh! aku masih belom bersedia ke arah itu..

8 comments:

. said...

bersedialah.

Anonymous said...

xpe kakna..take ur time..masih panjang lagi masa kita..jom bekalkan ilmu tu lebih lg

mrs xp said...

husna,kalo nk pikir dr smue aspek, timbal smue buruk baek, smpai sudah la kite ngn ketidaksediaan tu...

kakna said...

okey cik..im ready.. set n go.. moh cik kite naek pelamin sesame..

Idalara said...

salam kakna
jgn jadikan pengalaman org lain sebab untuk kita menolak jodoh..jdkan ia sebagai pengajaran supaya kita lebih bersedia ke arah itu..

contohi kak ida, masih menerima jodoh walaupun pengalaman masa lalu sgt menakutkan.berdoa selalu muga ada yg trebaik buat kita.

nurasniza said...

tidak semua rumah tangga tu akan selalu ceria..."sedangkan lidah lagi tergigit..apa pula suami isteri"ingatkan lyric lagu nie.
rumah tangga yang tidak dicorak dengan semua masalah2 yang kakna katakan tu....tidak akan dapat mematangkan usia perkahwinan itu sendiri...hanya Allah yang mengetahui disebalik kejadian itu...hanya kita perlu sabar dan tabah harunginya...insyallah...as yakin..kakna pun akan berjaya harunginya nanti...

ayisy said...

Manusia tiada yang sempurna baik lelaki mahupun wanita. Bila baca entry ni, kesian pulak kat wanita2 tu. Susah untuk memuaskan hati semua orang. Kadang2 apa yang kita buat orang suka dan ada yang tidak suka. Emm.. Hidup kat dunia ni biasalah. Tidak bahagia sepanjang masa.

touyakaruma said...

Org taiping juga ke ? same laaa kiter