Tuesday, September 22, 2009

tiada sudah serinya raya..

baru pulang dari kampung malam tadi ( balik sekadar untuk mengemas rumah lama dan membersihkan kubur).. dan waktu ini jam 1.17 minit pagi, sukarnya melelapkan sepasang alis mata yang keletihan tapi belum mahu berlabuh lagi.. di ambang raya kedua ini, terpinga-pinga apa aktiviti untuk hari esok.. kalau orang lain mungkin berhajat mengunjungi sanak saudara, atau ke rumah rakan sekerja.. tetapi tradisi famili saya tidak pernah begitu.. kerana kami tidak punya saudara mara yg beraya di KL.. semua nya pasti pulang menyambut lebaran di desa permai masing-masing.. itulah kesudahannya kalau sudah tidak berkampung...

kenapa aku merasakan semakin tua semakin raya itu kurang serinya.. aku sangat merindukan suasana bunyi mercun, lampu lip lap, gelak tawa, gurau senda, usik mengusik yang tak putus memecah keheningan malam hari raya.. waktu itu..ketika itu.. arwah atuk dan nenek masih bernyawa.. ketika arwah mamu an masih hidup.. ketika mak long masih menganggap kami keluarganya..

masih segar dalam ingatan detik-detik sebelum tibanya malam syawal, ketupat dianyam, lagu raya berkumandang, rendang dan dodol dimasak diatas timbunan kayu api, ayam belaan disembelih, langsir ditukar baru, juadah berbuka pada hari terakhir ramadhan pastinya tak akan dilupakan.. menu wajib ketika arwah mamu an masih ada.. sirap bandung laici ice cream soda.. kuih tahunan yang tak pernah miss khas resipe turun temurun dari nenek.. sultana special.. x siapa boleh cabar..nenek aishahku pakar membuat kuih sultana..

kalau sudah sibuk pastinya akan keletihan sampai terlajak tidur hinggalah melewati waktu asar.. dan pastinya setelah itu, suara mak long dan cubitan kecil-kecil cili padinya akan menyinggah di pangkal pinggul kalau jeritannya menyuruh bangkit dan solat tidak diendah.. malam raya pula, sebahagian kami yang masih kecil sudah ada yang beragam menayang baju raya..

mamy rafi selaku pembekal utama mercun dan bunga api (diambil hasil rampasan kastam) saban tahun takkan pernah menghampakan anak-anak saudaranya dengan bermacam jenis hiburan malam raya berupa sesuatu yg menyeronokkan tapi tak kurang merbahaya.. dek kerana supply bahan letupan kami cukup mantap maka boleh act dengan budak kampung sebelah, berentap mercun siapa lebih canggih, lebih power..

di pagi syawal, kami tidak pernah berebut menggunakan bilik air, keutamaan diberikan buat sepupu2 lelaki yang harus ke masjid menunaikan solat hari raya. kemudian barulah giliran kami yang perempuan.. setelah semua berada di rumah, sesi bermaaf-maafan, bersalam-salaman bermula.. waktu tu memang sangat2 kami tunggu, sebabnya, tangan dihulur duit raya menanti.. lepas tu masing2 sibuk mengira berapa banyak yang berjaya dikumpul.. masing2 tak mahu kalah mana yang perlu ditopup, jawabnya rumah orang kampung menjadi mangsa.. rumah yang tak penah miss, umah nek jah, umah mak pon, umah pakcik pezal roti canai, umah blakang kubur, umah kuning tepi jalan, umah tok arab.. wajib pergi sebab diorng kenal mak ayah kami so ada kemungkinan duit raya nya extra sedikit..

malam raya pertama.. tv pulak yang jadi mangsa.. bertekak nak tengok cerita itulah cerita inilah.. ibu2 dan bapa2 pulak ade meeting tahunan dengan atuk dan nenek.. lama mereka bersembang kadang-kadang sampai ke subuh.. melepas rindu masing masing katakan, setahun sekali baru dapat berkumpul ramai-ramai begini..

alangkah bahgia nya raya suatu ketika dulu, kenangan itu indah dan ingin sangat kalau bisa ia terjadi lagi..

raya pertama semalam cuma kami dan keluarga pak usu pulang mengemaskan rumah tinggal yang sudah setahun tak dikunjung orang.. berhabuk dan berdebu, halamannya sudah dihuni lalang, kata ibu "rumah ini perlu dibersihkan..harus dijaga.. ibu punya banyak kenangan di sini.. sayang kalau satu-satunya tinggalan arwah atuk dan nenek ini kita abaikan.. nanti dah xde tempat anak-beranak nak berkumpul.."

p/s - selesai mengemas, rumah kelihatan seolah-olah hidup kembali. tiba- tiba aku seperti merasakan di suatu sudut di hujung balkoni, tempat kebiasaan arwah atuk bersantai di kerusi malas sambil menghirup kopi pekat cap tupai kegemarannya.. aku merasakan seakan-akan dia masih di situ.. dia ada di situ.. bersama kami..


8 comments:

anaklaut said...

salam....kakNa,

kenangan lalu pasti menggamit jiwa..

maiyah said...

Salam lebaran.. huhu jgn ler cite pasal kenengan.. raya2 nih.. teringat masa kene pukul ngan arwah bapak masa ter bakarkan meja penjual bungaapi dan pe lagi dpt tgk bungaapi free suma yg terbakar hehe :D

kakna said...

to maiyah - terbakarkan meja penjual bunga api??? free show la erk pastu..he3

Kak Long Mawar Merah said...

Salam lebaran,
Biarpun hilang seri namun semoga kebahgiaan berhari raya masih tertinggal bersama kenangan lalu.

Farah Hanani said...

harus di timbang balik.. apa erti nya raya pada kita sendiri.. kemenangan berpuasa sebulan (bagi yg xde halangan cam kaum wanita.. hehe) di bulan Ramadhan atau hanya dengan menjustifikasi kan raya itu pada material dan fizikal semata2..

et said...

seakan2 faham rse itu..^^

eid mubarak..

ummu Masyitah said...

salam Na;
kenangan raya dulu2 tak sama dengan sekarang kan.saya pula amsa arwah nenek hidup lagi dan abang sepupu dan maklong balik juga, dia selalu beri kami mercun free. he he

Abang Long said...

Salam Lebaran.

SELAMAT HARI RAYA.

Jangan lupa malam ini ... di Blog Abang Long :)